Sunday, September 30, 2012

Monopoli: Perbandingan Dengan PPS

a)
Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan ?
       [2]

Kecekapan pengeluaran ialah kecekapan yang diperolehi oleh firma kerana dapat mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata yang minimum.

Kecekapan peruntukan ialah kecekapan yang diperolehi oleh firma kerana  dapat mengeluarkan keluaran pada tingkat harga yang menyamai kos sut   (P = MC)


b)
Jelaskan mengapa firma di pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma monopoli?


[8]   




Firma PPS dapat memperoleh kecekapan peruntukan dan kecekapan pengeluaran berbanding dengan firma monopoli kerana:-


i.
Firma PPS mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata yang minimum berbanding firma monopoli yang mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata yang lebih tinggi dari kos purata minimum, iaitu pada ketika kos purata jangka panjang yang sedang menurun.

Oleh itu, tingkat keluaran firma PPS adalah lebih besar berbanding dengan firma monopoli, dan firma PPS mencapai kecekapan keluaran kerana sumber ekonomi digunakan secara cekap untuk mencapai tingkat kebajikan yang maksimum.




ii.
Firma PPS mngeluarkan keluaran pada tingkat P = MC, iaitu pada titik optimum sosial manakala firma monopoli mengeluarkan keluaran bukan pada titik optimum sosial, iaitu pada ketika P > MC

Ini menunjukkan berlakunya pembaziran penggunaan sumber ekonomi oleh firma monopoli  dalam aktiviti pengeluaran berbanding dengan firma PPS yang lebih cekap menggunakan sumber ekonomi.