Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S1)

Tajuk: Institusi Kewangan

1
(a)
Apakah maksud institusi kewangan ?
[2]

(b)
Huraikan fungsi institusi kewangan yang berikut:-



i
Perantara kewangan
[2]


ii
Perkongsian risiko
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Institusi kewangan ialah badan atau syarikat yang mengumpulkan wang daripada pendeposit dan kemudiannya meminjamkan deposit tersebut kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan.




(b)
i
Institusi kewangan mewujudkan kemudahan denominasi, iaitu pemadanan deposit kecil dengan pinjaman besar dan deposit besar dengan pinjaman kecil.

Institusi kewangan mengubah simpanan pihak penyimpan kepada pinjaman bagi tujuan pelaburan dan penggunaan.

Institusi kewangan bertindak sebagai agen yang membekalkan maklumat dan perkhidmatan urus niaga kepada pihak penyimpan.






ii
Peminjam yang memberikan pinjaman tanpa melalui perantara kewangan menanggung risiko yang lebih tinggi, termasuk gagal mendapatkan semula dananya.

Institusi kewangan seperti bank perdagangan, syarikat insurans dan Takaful yang menjual polisi insurans, akan berkongsi risiko dengan memberi perlindungan dalam bentuk bantuan kewangan sekiranya berlaku kerugian dalam pelaburan, ketidakupayaan fizikal dan mental serta penyakit.