Jawapan Cadangan
Dengan menggunakan pendekatan perbelanjaan
agregat–penawaran agregat (AE=Y),
terangkan bagaimana perkara–perkara yang berikut dapat mempengaruhi
keseimbangan ekonomi tiga sektor.
|
|
(a) Pertambahan
cukai tetap
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila
keluk AE0 bersilang
dengan garis Y=AE di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Pertambahan cukai tetap akan
mengurangkan pendapatan bolehguna.
Perbelanjaan
penggunaan akan berkurang sebesar ∆C=
–mpcyd x ∆T, perbelanjaan agregat
berkurang, dan keluk AE0
beralih ke AE1.
Pada
Y0, wujud lebihan AS sebesar E0A. Inventori
akan bertambah, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga
keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke Y1
|
|
(b) Pengurangan cukai keuntungan syarikat
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila keluk AE0 bersilang dengan garis Y=AE di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Pengurangan cukai keuntungan syarikat
akan meningkatkan keuntungan selepas cukai. Pelaburan dan perbelanjaan
agregat akan meningkat. Keluk AE0
beralih ke AE1.
Pada
Y0, wujud lebihan AE sebesar E0A. Inventori
akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan negara akan
meningkat.
Proses ini akan berterusan sehingga
keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
|