Sunday, September 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S3)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

3
(a)
Apakah inflasi tarikan permintaan ?
[1]

(b)
Dengan menggunakan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana kenaikan permintaan agregat akan mewujudkan inflasi tarikan permintaan



[5]
Jawapan Cadangan


(a)
Inflasi tarikan permintaan ialah kenaikan tingkat harga umum akibat daripada kenaikan permintaan agregat yang melebihi keupayaan ekonomi mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada tingkat guna tenaga penuh.



(b)

Keseimbangan asal dicapai di titik E0 di persilangan keluk AD0 dengan keluk AS pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0

Peningkatan perbelanjaan agregat dan penawaran wang menyebabkan peralihan keluk AD dari AD0 ke AD1.

Keseimbangan baru dengan harga dan Y benar meningkat dari P0 ke P1 dan Y0 ke Y1, mewujudkan inflasi tarikan permintaan.

Peningkatan AD dari AD1 ke AD2 akan meningkatkan tingkat harga umum dengan cepat kerana ekonomi telah mencapai GTP. Ini kerana ekonomi telah mencapai kapasiti pengeluaran yang maksimum, menyebabkan firma tidak boleh menambahkan keluaran untuk memenuhi permintaan yang berlebihan.