Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S2)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

2
(a)
Apakah maksud kemiskinan relatif ?
[2]

(b)
Jelaskan dua punca yang membawa kepada kemiskinan.
[4]

Jawapan Cadangan


(a)
Kemiskinan relatif ialah perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu kumpulan berbanding dengan kumpulan yang lain.

Ia mengukur ketidaksamaan agihan pendapatan antara negeri, kaum dan strata




(b)
i
Teknologi
Penggunaan teknologi tidak dapat meningkatkan daya pengeluaran di sektor pertanian  kerana keluasan tanah yang kecil.

Kesannya, kos pengeluaran meningkat, dan akan mengurangkan keuntungan / pendapatan yang diterima oleh petani.






ii
Modal
Kesukaran mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan menyebabkan aktiviti pengeluaran dan hasil keluaran sektor pertanian di luar bandar tidak dapat ditingkatkan.

Oleh itu, tingkat pendapatan petani dan pekebun kecil sukar untuk ditingkatkan.






iii
Pendidikan
Tahap pendidikan yang rendah menyukarkan masyarakat mempelajari kemahiran baharu dan menerima pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan. 

Keadaan ini menyebabkan taraf hidup mereka sukar untuk ditingkatkan, menyebabkan mereka kekal di dalam kemiskinan.