Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S4)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

4
Terangkan dua dasar kerajaan yang digunakan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia
    
  [6]

Jawapan Cadangan


(a)
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan serta menambah peluang pekerjaan untuk masyarakat tanpa mengira kaum.

DEB dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan pelajaran

Pelaksanaan DEB membolehkan kadar kemiskinan negara dikurangkan daripada 49.3% (1970) kepada 17.1% (1990) serta mengurangkan jurang ketidaksamarataan agihan pendapatan antara kaum




(b)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
DPN ialah dasar yang menggantikan DEB. Strateginya ialah

i. menghapuskan kemiskinan golongan termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif
ii. mempertingkatkan latihan dan sokongan di kalangan belia luar bandar  untuk menggantikan pemberian subsidi kerajaan agar mereka memperoleh kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi

Program membasmi kemiskinan ditumpukan kepada peningkatan pendidikan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan, perumahan, bekalan air dan elektrik                                                                                                                                                                                       Pelaksanaan DPN telah mengurangkan kadar kemiskinan kepada 8.5% (1999




(c)
Dasar Wawasan Negara (DWN)
DWN menggabungkan teras kritikal Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

Tumpuan diberikan kepada kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30% terendah

Dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), program-program pembasmian kemiskinan dengan pakej bersepadu melibatkan komponen ekonomi, sosial dan fizikal telah dilaksanakan di kawasan dan dalam golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Pelaksanaan DWN telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.8% pada tahun 2009 berbanding 4.7% pada tahun 1999




(d)
Dasar Pendidikan Negara
Dasar pendidikan negara berperanan membasmi kemiskinan melalui matlamatnya menghasilkan pelajar yang mempunyai pekerjaan yang berupaya menjana pendapatan lebih tinggi.

Jika taraf pencapaian golongan miskin dalam pelajaran meningkat, kemiskinan dapat dibasmikan atau dikurangkan dan ketakserataan agihan pendapatan golongan miskin dengan kaya dapat dikurangkan.