Jawapan Cadangan
(a) Apakah maksud proses penggandaan ?
Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan
faktor yang menentukan
saiz pengganda dalam sebuah ekonomi tiga sektor.
|
[4] |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Proses
penggandaan ialah analisis yang memberikan gambaran tentang kesan dari perubahan
perbelanjaan agregat ke atas pendapatan negara
Faktor yang
mempengaruhi saiz pengganda
ialah kecenderungan mengguna sut (MPC)
dan kecenderungan menabung sut (MPS)
Contoh
Semakin besar nilai MPC @ semakin kecil nilai MPS, nilai pengganda menjadi semakin besar
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(b) Dengan
menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila
pelaburan meningkat.
|
[6]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Andaikan pelaburan meningkat sebanyak
RM1 000 juta dan MPC=0.8
Pada
peringkat pertama,
Pertambahan pelaburan sebanyak RM1
000 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM 1 000 juta,
penggunaan meningkat sebanyak 0.8 x 1
000 = RM 800 juta dan tabungan meningkat sebanyak RM 200 juta
Pada peringkat kedua,
Pertambahan penggunaan sebanyak RM
800 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM 800 juta, penggunaan
meningkat sebanyak 0.8 x 800 = RM 640 juta dan tabungan meningkat sebanyak RM
160 juta
Pada peringkat ketiga,
Pertambahan penggunaan sebanyak RM
640 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM 640 juta, penggunaan
meningkat sebanyak 0.8 x 640 = RM 512 juta dan tabungan meningkat sebanyak RM
128 juta
Proses penggandaan akan berterusan
dan berakhir setelah pendapatan negara meningkat sebanyak RM 5 000 juta.
Di akhir proses, di dapati dengan MPC = 0.8 dan pengganda = 5,
peningkatan pelaburan sebanyak RM 1 000 juta menyebabkan pendapatan negara
meningkat sebanyak 5 kali ganda, iaitu
RM 5 000 juta
|