Monday, February 4, 2013

Nilai Tambah

(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah ?
[2]
            Nilai ditambah ialah pertambahan nilai sesuatu keluaran yang diperoleh selepas suatu peringkat / proses pengeluaran
Nilai tambah sektor A = Nilai jualan sektor A – Nilai belian sektor A dari sektor lain


(b)
Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan mengapa kaedah nilai ditambah digunakan untuk menghitung pendapatan negara ?
   
 [8]
Bil.
Kegiatan
Nilai keluaran   (RM)
Nilai ditambah   (RM)
1
2
3
4
Mengambil kayu balak di hutan
Menggergaji papan
Membuat perabot
Menjual perabot di kedai
200
500
850
1000
200
300
350
150

Jumlah nilai ditambah
1000

         Berdasarkan jadual:
         Kegiatan mengambil kayu balak di hutan menghasilkan nilai keluaran sebanyak RM 200. Oleh itu, nilai tambah yang dihasilkan adalah  RM 200 – RM 0 = RM 20

         Kegiatan menggergaji papan untuk dijual kepada pengusaha perabot menghasilkan nilai keluaran sebanyak RM 500. Oleh itu nilai tambah yang dihasilkan adalah            
RM 500 – RM 200 = RM 300

         Kegiatan menghasilkan perabot di kilang untuk dijual kepada penjual perabot menghasilkan nilai nilai keluaran sebanyak RM 850. Oleh itu, nilai tambah yang dihasilkan adalah  850 – RM 500 = RM 350

      Kegiatan menjual perabot di kedai menghasilkan nilai keluaran sebanyak RM 1000. Oleh itu, nilai tambah yang dihasilkan adalah RM 1000 – RM 850 = RM 150
Kaedah ini akan menghasilkan jumlah nilai ditambah sebanyak                            
RM 200 + 300 + 350 + 150 = RM 1 000                                                                  
menyamai nilainya dengan jualan perabot yang merupakan barang akhir.
 
Penggunaan kaedah nilai tambah ini bertujuan untuk 
      Mengelakkan pengiraan dua kali apabila nilai keluaran dijumlahkan sehingga menghasilkan nilai keluaran negara sebanyak   RM 200 + 500 + 850 + 1 000 = RM 2 250
      Mengetahui sumbangan setiap sektor dan menentukan kepentingan setiap sektor di dalam ekonomi.