Thursday, July 5, 2012

Mikroekonomi: Ciri Dan Kebaikan SE Pasaran Bebas


16
a)
Apakah sistem ekonomi pasaran bebas ? Jelaskan dua ciri–ciri sistem ekonomi pasaran bebas

[6]


Sistem ekonomi pasaran bebas ialah sistem ekonomi di mana pihak individu atau swasta berkuasa penuh di dalam memiliki faktor-faktor pengeluaran serta mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan tanpa campur tangan kerajaan


Ciri–cirinya ialah



i.
Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi



Semua keputusan ekonomi ditentukan sepenuhnya oleh pengguna dan pengeluar tanpa campur tangan kerajaan. Peranan kerajaan hanya menjaga keselamatan negara melalui undang – undang






ii.
Pemilikan persendirian



Individu bebas memiliki, menggunakan dan mengagihkan harta mereka tanpa sebarang halangan. Mereka juga bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh untuk memenuhi kepuasan mereka.





iii.
Peranan mekanisme harga



Mekanisme harga melalui kuasa permintaan dan penawaran memainkan peranan yang penting dalam pasaran kerana ia akan menentukan tingkat harga dan kuantiti barang dan perkhidmatan di pasaran.





iv.
Persaingan



Individu bebas bersaing untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. Individu yang mempunyai kuasa beli yang tinggi akan memperolehi lebih banyak barang dan perkhidmatan. Pengeluar juga bebas bersaing dengan menjalankan pengeluaran secara cekap pada kos yang paling minimum.





v
Keagungan pengguna dalam pasaran



Pengguna dianggap ‘raja’ dalam pasaran kerana corak peruntukan sumber ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Bagi mendapatkan keuntungan,  pengeluar akan mengeluarkan keluarannya berpandukan kepada permintaan pengguna.



Nota: Pilih Dua fakta sahaja


b)
Terangkan dua kelebihan sistem ekonomi kapitalis kepada pengguna

[2]



i.
Kecekapan peruntukan faktor



Aktiviti pengeluaran dijalankan dengan penggunaan faktor yang cekap untuk mengelakkanpembaziran faktor bagi mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan.






ii.
Pemaksimumam utiliti



Pengguna yang rasional dengan sesejumlah pendapatan tertentu bebas membuat pilihan terhadap pelbagai jenis barangan di pasaran bagi memaksimumkan kepuasan mereka.






iii.
Mendorong kepada kemajuan teknologi



Persaingan yang hebat di antara firma akan menggalakkan perkembangan teknologi kerana pengeluar berusaha mencari teknologi baru sebagai usaha memajukan dan mengekalkan firma di dalam pasaran






iv.
 Maklumat yang tepat kepada pengeluar



Maklumat yang tepat mengenai jumlah permintaan dan harga barang membolehkan pengeluar memilih jenis barangan yang sesuai untuk dikeluarkan, bagi mendapat keuntungan maksimum.






v
Daya kreatif dan inovatif



Persaingan juga menimbulkan pelbagai idea kreatif dan inovatif yang membawa kepada pengeluaran  barang yang lebih berkualiti  dan rekabentuk yang menarik bagi tujuan menarik perhatian pengguna, untuk membolehkan firma menguasai pasaran.



Nota: Pilih dua fakta sahaja