Jawapan Cadangan
(a) Dengan
menggunakan gambar rajah AE-Y,
jelaskan bagaimana syarat kemudahan sewa beli dan kredit yang dilonggarkan akan
mempengaruhi tingkat pendapatan negara keseimbangan
|
[5]
|
Keseimbangan
asal dicapai apabila keluk AE0 bersilang dengan garis Y=AE di titik E0 pada pendapatan negara Y0
Kelonggaran syarat kemudahan sewa beli dan kredit
akan menggalakkan perbelanjaan penggunaan terutamanya terhadap barang
tahan lama. Perbelanjaan penggunaan dan perbelanjaan agregat akan meningkat
sebesar ∆C. Keluk AE0 akan beralih ke AE1.
Pada
Y0, wujud lebihan AE. Inventori berkurang,firma meningkatkan
pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat. Proses ini berterusan
sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 dengan pendapatan
negara meningkat dari Y0 ke Y1
|
|
(b) Dengan
menggunakan gambar rajah AE-Y,
jelaskan bagaimana penurunan kadar bank oleh bank pusat akan
mempengaruhi tingkat pendapatan negara keseimbangan
|
[5]
|
Keseimbangan
asal dicapai apabila keluk AE0 bersilang dengan garis Y=AE di titik E0 pada pendapatan negara Y0
Penurunan
kadar bank oleh bank pusat akan meningkatkan pinjaman bank perdagangan dari
bank pusat. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah kerana proses
penciptaan kredit oleh bank perdagangan berkembang.Kadar bunga akan merosot
menyebabkan pelaburan dan perbelanjaan agregat meningkat sebesar ∆I. Keluk AE0 akan beralih ke AE1.