Saturday, March 23, 2013

Kesan Pertambahan Permintaan Wang Terhadap Tingkat Kegiatan Ekonomi

(a)    Apakah permintaan wang untuk spekulasi ?

(b)    Berdasarkan kepada analisis Keynes, terangkan kesan peningkatan permintaan wang wang terhadap kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara
[2]



[8]

Jawapan Cadangan

(a)    Apakah permintaan wang untuk spekulasi ?



[2]
         Permintaan wang untuk spekulasi ialah permintaan wang untuk membeli aset kewangan seperti bon pada masa harga bon yang rendah, dan menjualnya pada harga bon yang tinggi dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan

(b)    Berdasarkan kepada analisis Keynes, terangkan kesan peningkatan permintaan wang wang terhadap kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara


[8]

         Keseimbangan asal dicapai bila keluk MD0 bersilang dengan keluk MS di titik E0 pada kadar bunga keseimbangan  r0.  Peningkatan bekalan wang  menyebabkan keluk MD0 beralih ke MD1.  Pada r0 wujud lebihan permintaan wang menyebabkan kadar bunga meningkat sehingga ke r1.

        Peningkatan kadar bunga dari r0 ke r1 akan meningkatkan kos meminjam untuk tujuan pelaburan. Pelaburan berkurang dari I0 ke I1. 

        Pengurangan pelaburan akan mengurangkan perbelanjaan agregat dari AE0 ke AE1.  Pada Y0  berlaku lebihan AS. Firma akan mengurangkan pengeluaran. Pendapatan negara akan jatuh sehingga mencapai keseimbangan baru di titik E1 pada pendapatan negara Y1

        Peningkatan permintaan wang akan meningkatkan kadar bunga, mengurangkan pelaburan dan melalui proses pengganda mengurangkan pendapatan negara dari Y0 ke Y1.