Jawapan Cadangan
(a) Berdasarkan gambar rajah perbelanjaan agregat–pendapatan (AE–Y), terangkan bagaimana tingkat
keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor dicapai
|
[6]
|
Keseimbangan
pendapatan negara ekonomi tiga sektor di capai apabila keluk AE
bersilang dengan garis AE=Y
di titik E0 pada
pendapatan negara Y0
Pada
tingkat pendapatan negara yang kurang dari Y0 eg:
Y1, nilai AE
ialah Y1A manakala nilai AS ialah Y1B.
Oleh itu, berlaku lebihan AE
sebesar AB. Inventori menjadi
negatif, firma menambahkan pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat.
Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada
pendapatan negara Y0
Pada
tingkat pendapatan negara yang
melebihi Y0 eg: Y2, nilai AE ialah Y1N manakala nilai AS ialah Y1M.
Oleh itu, berlaku lebihan AS sebesar MN. Inventori menjadi
positif, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang.
Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada
pendapatan negara Y0
|
|
(b) Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, terangkan kesan
pertambahan eksport (X) ke atas
tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor
|
[4]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila keluk S+T+M bersilang dengan keluk I+G+X0 di titik
E0
pada pendapatan negara Y0.
Pertambahan eksport akan mengalihkan keluk I+G+X0
ke I+G+X1.
Pada Y0,
suntikan melebihi bocoran sebesar E0A
. Inventori akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan meningkat.
Proses ini akan berterusan
sehingga keseimbangan baru
dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
|