Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S6)

Tajuk: Institusi Kewangan

6
Terangkan kemudahan kredit bank perdagangan yang berikut.

(a)
Pinjaman bercagar
[3]

(b)
Kad kredit
[3]

Jawapan Cadangan


(a)
Pinjaman bercagar memerlukan peminjam menyediakan cagaran seperti geran atau tanah, saham dan polisi insurans nyawa serta harta lain yang mempunyai nilai lebih tinggi daripada jumlah pinjaman yang dipohon.

Pinjaman berbentuk jangka panjang, iaitu untuk tempoh tiga hingga 25 tahun yang bertujuan untuk membeli aset tetap seperti tanah atau rumah dan sebagai  modal perniagaan.

Kelulusan pinjaman bergantung pada kedudukan kewangan, nilai cagaran serta keupayaan pemohon untuk membayar balik pinjaman. Bayaran faedah dikenakan atas pinjaman tersebut.




(b)
Bank perdagangan memberi pinjaman dengan cara membayar bil atau hutang bagi perbelanjaan pemegang kad kredit.

Pemegang kad kredit dikehendaki membayar bayaran minimum sekurang-kurangnya 5 peratus daripada baki penggunaan bulan tersebut atau RM 50 yang mana lebih tinggi.

Faedah atau bayaran perkhidmatan bank akan dikenakan atas jumlah kredit yang gagal atau lambat dijelaskan dalam suatu tempoh tertentu.