Tuesday, February 12, 2013

Kecenderungan Mengguna Sut, Kecenderungan Menabung Sut Dan Ciri Tabungan Isi Rumah

(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan kecenderungan mengguna sut dan kecenderungan menabung sut ? Jelaskan makna kecenderungan mengguna sut = 0.8 dan kecenderungan menabung sut = 0.2 ?



[4]
(b)     Terangkan ciri-ciri tabungan di dalam sesebuah negara.
[6]

Jawapan Cadangan

(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan kecenderungan mengguna sut dan kecenderungan menabung sut ? Jelaskan makna kecenderungan mengguna sut = 0.8 dan kecenderungan menabung sut = 0.2 ?





[4]
         MPC ialah  nisbah di antara pertambahan penggunaan dengan pertambahan pendapatan yang berlaku.
MPC
=
∆C
=
b
∆Y
         MPC=0.8 menerangkan 80% daripada pertambahan pendapatan akan digunakan untuk menambahkan perbelanjaan penggunaan
.
         MPS ialah nisbah di antara pertambahan tabungan dengan pertambahan pendapatan yang berlaku.
MPS
=
∆S
=
(1 – b)
∆Y
         MPS=0.2 menerangkan 20% daripada pertambahan pendapatan akan digunakan untuk menambahkan tabungan.

(b)     Terangkan ciri-ciri tabungan di dalam sesebuah negara.
[6]

         i.      Apabila pendapatan negara menyamai sifat (Y = 0), nilai tabungan adalah negatif kerana isi rumah menggunakan tabungan masa lepas untuk membiayai perbelanjaannya. Keadaan ini dinamakan makan tabungan

         ii.     Apabila pendapatan negara meningkat, tabungan juga meningkat, tetapi pertambahan tabungan adalah lebih rendah daripada pertambahan pendapatan negara kerana nilai MPS yang kurang dari 1

         iii.    Pada satu tingkat pendapatan negara tertentu, nilai tabungan akan bernilai sifar. Sekiranya pendapatan negara terus meningkat, tabungan isi rumah akan bernilai positif.