Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S2)

Tajuk: Institusi Kewangan

2
(a)
Bezakan insitusi perbankan dengan institusi kewangan bukan perbankan
      [2]

(b)
Jelaskan dua peranan institusi kewangan
  [4]

Jawapan Cadangan


(a)
Institusi perbankan merupakan penggerak utama dalam mengumpulkan dana dan sumber kewangan bagi menyokong perkembangan aktiviti ekonomi di Malaysia.

Institusi kewangan bukan perbankan melengkapkan fungsi institusi perbankan dengan mengumpulkan simpanan bagi memenuhi keperluan kewangan ekonomi.




(b)
i
Pertumbuhan ekonomi
Pinjaman institusi kewangan kepada kerajaan dan firma dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana kerajaan dapat menjalankan projek pembangunan manakala firma pula dapat membuat pelaburan untuk mengembangkan perniagaan.

Tingkat kegiatan ekonomi akan berkembang, keluaran negara serta guna tenaga meningkat dan kadar pengangguran berkurang






ii
Kos menjalankan perniagaan
Institusi kewangan dapat menemukan pihak yang mempunyai kehendak yang sepadan, iaitu penyumbang dana dan peminjam dengan mudah.

Institusi kewangan juga dapat menukarkan aset kewangan kepada wang tunai dengan mudah dan cekap, serta dapat mencari pembeli aset dengan cepat.

Oleh itu, kos dan masa untuk menjalankan perniagaan menjadi lebih jimat