Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S10)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

10
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana
  [2]

(b)
Jelaskan dua ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana
  [4]

Jawapan Cadangan


(a)
Perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 150 orang, atau perusahaan yang mencatatkan nilai hasil jualan tahunan kurang daripada RM25 juta.




(b)
i
Modal kecil
PKS mempunyai modal antara RM 0.5 juta hingga RM2.5 juta.

PKS kebanyakannya terdiri daripada syarikat sendirian berhad, perkongsian dan pemilikan tunggal menghadapi kekurangan modal kerana kesukaran mendapat pinjaman bank






ii
Teknologi pengeluaran
Daya pengeluaran PKS rendah kerana tahap penggunaan teknologi yang rendah.

Pengeluaran produk bertumpu kepada pasaran tempatan, kecuali sebahagian kecil sahaja yang berorientasikan eksport






iii
Berintensif buruh
Kebanyakan buruh mempunyai pendidikan formal yang rendah, kurang terdedah kepada kursus dan latihan.

Pekerja sering bertukar ganti kerana dibayar gaji yang murah






iv
Jenis keluaran
PKS mengeluarkan barang pengguna untuk keperluan harian seperti industri makanan, tekstil, perabot dan kraftangan

PKS mengeluarkan barang untuk menyokong industri besar, seperti kusyen kereta, nat, skru dan ‘wire harness’






v
Struktur organisasi
Struktur organisasi PKS mudah, ringkas, berskala kecil, kurang birokratik dan kurang formal. Lazimnya PKS diurus oleh ahli keluarga dan beberapa pekerja lain






vi
Lokasi
Terletak di lot kawasan perindustrian berharga murah, pinggir bandar, bandar kecil, kampung dan rumah kediaman