Jawapan Cadangan
Dengan menggunakan pendekatan suntikan–bocoran,
terangkan bagaimana perkara–perkara yang berikut dapat mempengaruhi tingkat
kegiatan ekonomi sesebuah negara.
|
|
(a) Pertambahan
pelaburan sebelum ekonomi mencapai guna tenaga penuh
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila
keluk I0+G bersilang
dengan S+T di titik E0 pada pendapatan negara Y0.
Pertambahan pelaburan akan mengalihkan
keluk I0+G ke I1+G. Pada tingkt pendapatan negara Y0, suntikan melebihi
bocoran sebesar E0A .
Inventori akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan meningkat.
Proses
ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
Peningkatan pendapatan negara
mencipta peluang-peluang pekerjaan baru. Tingkat guna tenaga meningkat dan
pengangguran berkurang
|
|
(b) Pertambahan
perbelanjaan kerajaan ketika ekonomi mencapai guna tenaga penuh
|
[5]
|
Keseimbangan asal dicapai apabila
keluk I+G0 bersilang
dengan S+T di titik E0 pada pendapatan negara Y0. Pertambahan pebelanjaan
kerajaan akan mengalihkan keluk I+G0 ke I+G1
Pada
tingkat pendapatan negara Y0,
suntikan melebihi bocoran sebesar E0A
. Inventori akan berkurang, firma meningkatkan pengeluaran dan pendapatan
negara akan meningkat
Proses
ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
Oleh kerana ekonomi telah mencapai
guna tenaga penuh, tingkat harga umum akan meningkat menyebabkan berlakunya
inflasi.
|