Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S12)

Tajuk: Institusi Kewangan

12
Huraikan tiga masalah yang sering dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Masalah cagaran
Cagaran digadaikan kepada institusi kewangan sebagai jaminan daripada kerugian sekiranya pemohon gagal membayar balik pinjaman. Cagaran dapat digunakan oleh institusi kewangan untuk menebus balik wang pinjamannya

Kekurangan harta untuk dijadikan cagaran akan menghalang peminjam untuk memperoleh kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan.




(b)
Penyediaan kertas kerja
Peminjam perlu menyediakan kertas kerja mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, perancangan pemasaran, pengurusan, operasi serta kewangan perniagaan.

Penyediaan kertas kerja yang lemah dan tidak lengkap akan menjejaskan peluang peminjam untuk mendapatkan pembiayaan.




(c)
Prosedur memberi kredit
Pemohon perlu menyertakan dokumen sokongan seperti dokumen pendapatan dan simpanan untuk dinilai kemampuan membayar balik pinjaman, di samping menyediakan sekurang-kurangnya seorang penjamin yang berpendapatan tetap.

Ketiadaan dokumen sokongan atau maklumat yang tidak lengkap dan kegagalan menyediakan penjamin akan menjejaskan peluang pemohon untuk mendapatkan pinjaman.




(d)
Pembayaran balik kredit
Institusi kewangan akan menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman. Rekod pembayaran balik hutang yang tidak konsisten dan bayaran bil utiliti yang tertunggak akan merendahkan skor kredit pinjaman pemohon.

Skor kredit pinjaman yang kurang baik memberi gambaran negatif tentang keupayaan peminjam untuk membayar balik hutang, menyebabkan peluang mendapatkan pinjaman menjadi terjejas.