Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S8)

Tajuk: Institusi Kewangan

8
Jelaskan tiga jenis pinjaman dalam skim perbankan Islam
[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Wadiah
Wadiah ialah simpanan keselamatan antara pendeposit dengan bank yang melibatkan deposit semasa dan deposit tabungan.

Simpanan ini dilaburkan dalam aktiviti berlandaskan prinsip syariah, dan keuntungan yang diperolehi menjadi milik bank tetapi sebahagiannya diagihkan kepada pendeposit dalam bentuk dividen.




(b)
Mudharabah
Mudharabah ialah  perkongsian untung antara pendeposit dengan pihak bank. Bank menggunakan dana pemegang akaun untuk membuat pelaburan.

Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi mengikut nisbah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Namun begitu, semua kerugian akan ditanggung oleh pemegang akaun pelaburan.




(c)
Musyarakah
Musyarakah ialah perniagaan yang dijalankan secara usaha sama atau perkongsian.

Keuntungan atau kerugian dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.




(d)
Murabahah
Murabahah ialah penjualan barangan pada satu-satu tingkat harga yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual.

Pihak bank membeli barangan tersebut dan menjualnya kepada peminjam pada harga yang meliputi harga belian dan margin keuntungan yang berpatutan.




(e)
Bai Bithaman Ajil
Bai Bitamin Ajil ialah penjualan barangan pada satu-satu tingkat harga yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual

Peminjam diberi kelonggaran untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh yang lebih panjang, atau menangguhkan pembayaran atau membuat bayaran secara ansuran seperti mana persetujuan kedua-dua pihak.


(f)
Ijarah
Ijarah berkonsepkan sewa, di mana pihak bank membeli suatu harta yang diperlukan pelanggan.

harta tersebut disewakan kepada pelanggan berkenaan bagi satu tempoh masa tertentu pada kadar sewa yang telah dipersetujui.




(g)
Bai Ul-Takjiri
Pihak bank membeli suatu harta yang diperlukan pelanggan dan pelanggan diberikan peluang untuk memiliki harta tersebut selepas hutang pinjaman dijelaskan.

Bayaran sewa yang telah dibayar dianggap sebahagian daripada bayaran balik pinjaman.