Sunday, July 8, 2012

Mikroekonomi: SE Pasaran Bebas & Penyelesaian Masalah Asas

Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah
i.
penggunaan sumber
[3]

Sistem ekonomi pasaran bebas memperuntukkan penggunaan sumber secara cekap pada kos purata yang minima. 
Ia membolehkan pengeluar menggunakan sumber yang murah untuk meminimumkan kos pengeluaran.
Kecekapan ini membolehkan penggunaan sumber yang sedikit untuk  menghasilkan jumlah keluaran yang lebih banyak

ii.
pengeluaran barang
[4]

Apa barang yang dikeluarkan di pasaran ditentukan oleh sistem harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. 
Penentuan kepada apa yang hendak dikeluarkan akan ditentukan oleh permintaan pengguna manakala penawarannya pula ditentukan oleh kos pengeluaran.
Kombinasi diantara kedua-duanya iaitu permintaan dan penawaran di pasaran akan menentukan berapa banyak barang tersebut akan dikeluarkan di pasaran

iii.
pengagihan barang kepada masayarakat
[3]

Pengagihan barang di dalam sistem ekonomi pasaran bebas ditentukan oleh kuasa beli pengguna yang bergantung kepada jumlah pendapatan mereka. Golongan yang berpendapatan tinggi akan mempunyai kuasa beli yang lebih besar, membolehkan mereka memperolehi lebih banyak barang berbanding dengan golongan miskin.