Sunday, February 3, 2013

Konsep KDNKhp Dan KDNKhf


(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan KDNKhp dan KDNKhf ? jelaskan hubungan di antara KDNKhp dan KDNKhf

[4]

KDNKhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara termasuk faktor milik asing yang  dihitung berdasarkan kepada harga yang dibayar oleh pembeli di pasaran.

KDNKhf  ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara termasuk faktor milik asing yang dihitung berdasarkan kepada harga yang dibayar untuk mendapatkan faktor-faktor pengeluaran di dalam proses pengeluaran

            KDNKhf = KDNKhp – cukai tak langsung + Subsidi        Atau
            KDNKhp = KDNKhf + cukai tak langsung – subsidi

Jika nilai cukai tak langsung melebihi subsidi, maka KDNKhf bernilai lebih kecil daripada KDNKhp
Jika nilai cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi, maka KDNKhf bernilai lebih besar daripada KDNKhp
Jika nilai cukai tak langsung menyamai subsidi, maka nilai KDNKhf adalah sama dengan KDNKhp

(b)
(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan KDNK harga semasa dan KDNK harga tetap

[2]

KDNK  harga  semasa  ialah  nilai  keluaran  dalam  sesebuah  negara yang dihitung  berdasarkan kepada harga–harga tahun berkenaan

KDNK  harga tetap ialah KDNK harga semasa yang dihitung berdasarkan kepada harga pada tahun asas.



(ii)
Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana KDNK harga tetap dihitung.

[2]


KDNK harga tetap t
=
KDNK harga semasa t
x
IH0
IHt

           


Jika KDNK harga semasa t = RM 121 bilion, IH0 = 100 dan IHt = 110,

KDNK harga tetap t
=
121
x
100
110

=
RM 110 bilion