(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor. Berikan contoh-contohnya.
|
[2]
|
(b) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi
perbelanjaan penggunaan isi rumah
|
Jawapan Cadangan
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor. Berikan contoh-contohnya. |
[2] |
|
Perbelanjaan
agregat ialah jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh sektor isi rumah, firma
dan kerajaan di dalam ekonomi.
Ia
meliputi perbelanjaan penggunaan isi rumah (C), perbelanjaan pelaburan (I)
dan perbelanjaan kerajaan (G).
|
||
(b)
|
Huraikan empat faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan isi rumah
|
[8]
|
i. Pendapatan negara
Perbelanjaan penggunaan dipengaruhi
oleh saiz pendapatan negara. Semakin
tinggi tingkat pendapatan negara, semakin
besar kemampuan masyarakat untuk berbelanja. Oleh itu, semakin tinggilah perbelanjaan
penggunaan. Sebaliknya, semakin rendah pendapatan negara, semakin rendah
perbelanjaan penggunaan
|
||
ii. Kecenderungan
mengguna sut (MPC)
Nilai MPC yang besar menggambarkan sebahagian besar dari pertambahan
pendapatan digunakan untuk menambahkan perbelanjaan penggunaan. Oleh itu,
semakin besar nilai MPC, semakin
besar perbelanjaan penggunaan.
Sebaliknya, semakin kecil nilai MPC,
semakin rendah perbelanjaan penggunaan
|
||
iii. Kekayaan sedia ada
Kekayaan sedia ada akan meningkatkan
kuasa beli masyarakat, membolehkan sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan
masa kini. Kesannya, perbelanjaan penggunaan akan meningkat. Ketiadaan
kekayan sedia ada menyebabkan perbelanjaan penggunaan masa kini menjadi
rendah.
|
||
iv. Jaminan pendapatan di masa depan
Jaminan pendapatan di masa depan
seperti pencen menyebabkan masyarakat cenderung menggunakan sebahagian besar
pendapatan mereka untuk membiayai perbelanjaan penggunaan pada masa kini
kerana telah mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi di masa depan. Oleh itu, semakin tinggilah perbelanjaan
penggunaan. Ketiadaan jaminan pendapatan masa depan menyebabkan perbelanjaan
penggunaan masa kini menjadi rendah
|
||
v. Kemudahan sewa beli dan kredit
Kemudahan sewa beli dan kredit akan
menggalakkan perbelanjaan penggunaan kerana ia akan meningkatkan MPC. Oleh itu, ia akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan masyarakat.
Sebaliknya, kekurangan kemudahan sewa beli dan kredit akan merendahkan MPC
dan mengurangkan perbelanjaan penggunaan masa kini.
|