Wednesday, August 8, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Penawaran

a)
Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran
[2]

Keanjalan penawaran mengukur peratus perubahan kuantiti sesuatu barang yang ditawar akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri
Keanjalan penawaran
=
%∆Q
%∆P

b)
Huraikan empat sebab mengapa keanjalan penawaran bijih timah kurang anjal berbanding dengan keanjalan penawaran roti.

[8]


i.
Tambahan kos pengeluaran


Penawaran bijih timah kurang anjal berbanding dengan roti kerana tambahan pengeluaran bijih timah memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar / tinggi berbanding dengan tambahan pengeluaran roti yang memerlukan tambahan kos yang rendah




ii.
Bekalan input bijih timah dan roti


Penawaran bijih timah kurang anjal kerana bekalan input bijih timah adalah terhad, mahal serta sukar diperolehi berbanding dengan bekalan input untuk roti yang banyak serta mudah diperolehi




iii
Bilangan firma


Penawaran bijih timah kurang anjal berbanding dengan roti kerana bilangan firma yang terlibat dalam pengeluaran bijih timah adalah sedikit kerana risiko serta modal yang besar, berbanding dengan bilangan firma roti yang banyak kerana  risiko serta modal yang lebih rendah.




iv
Jangka masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang


Penawaran bijih timah kurang anjal kerana penawarannya dalam jangka pendek adalah terhad serta memerlukan masa yang lama untuk dikeluarkan.  Sebaliknya, penawaran roti adalah anjal kerana penawarannya dalam jangka pendek boleh ditambah dengan mudah dan memerlukan masa yang lebih pendek untuk dikeluarkan.