|
i
|
Wujudnya
ekonomi bidangan
|
|
|
Firma
besar yang menikmati ekonomi bidangan dapat mengeluarkan keluaran pada
tingkat kos perunit (kos purata) yang rendah.
Oleh
itu, firma tersebut dapat menjual keluaran pada tingkat harga yang rendah
menyebabkan firma–firma baru tidak dapat memasuki pasaran kerana tidak mampu
bersaing dari segi harga
|
|
|
|
|
ii
|
Pemilikan faktor
pengeluaran semulajadi
|
|
|
Apabila sesebuah
firma dapat menguasai pemilikan terhadap satu–satu faktor pengeluaran
semulajadi, maka firma itu akan memiliki kuasa monopoli sepenuhnya terhadap
pengeluaran tersebut.
Oleh itu, firma–firma
lain tidak dapat memasuki industri kerana tidak mempunyai faktor pengeluaran
untuk menghasilkan keluaran itu. Contoh: Syarikat Dee Beer’s yang memonopoli penawaran berlian dunia dan Syarikat ALCOA yang memonopoli
pengeluaran bauksit di Amerika.
|
|
|
|
|
iii
|
Halangan
undang–undang
|
|
|
Halangan
undang–undang misalnya, melalui akta hakcipta atau hak paten dan pemberian lesen
kepada syarikat yang tertentu juga akan mewujudkan kuasa monopoli.
Bagi menggalakkan
kegiatan pembangunan dan penyelidikan (R&D) keluaran baru, hak paten yang
diberikan hanya membenarkan firma itu
sahaja mengeluarkan barang tersebut tanpa boleh ditiru oleh mana–mana firma
lain.
|
|
|
|
|
iv
|
Halangan kewangan dan
teknologi
|
|
|
Sesetengah industri
tertentu memerlukan modal yang besar, kepakaran dan tingkat teknologi yang
moden yang hanya dimiliki oleh firma besar sahaja.
Halangan ini
menyebabkan firma–firma kecil tidak dapat memasuki industri kerana tidak
mampu bersaing dengan firma tersebut yang sudah cekap serta teguh dalam
menghasilkan keluaran.
Contoh:- Syarikat
pembuat kapal terbang, kapal dan keretapi.
|
|
|
|
|
|
Tindakan yang
disengajakan
|
|
|
Terdapat firma yang
mengadakan pengiklanan pada kos yang tidak mampu disaingi oleh firma–firma
lain sebagai usaha menyekat kemasukan firma lain ke dalam pasaran.
Di samping itu,
beberapa buah firma di dalam industri yang sama mungkin bergabung untuk
membentuk ‘Kartel’ bagi menguasai pasaran bagi barangan tersebut. Contoh:-
Penubuhan OPEC untuk mengawal pengeluaran petroleum dunia.
|
|
|
Pilih
dua fakta sahaja
|