Wednesday, April 3, 2013

Faktor Mewujudkan PAB Dan Alasan Perlunya PAB

(a)   Jelaskan empat faktor  yang mewujudkan perdagangan antarabangsa?

(b)   Huraikan dua alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara yang lain?
[6]


[4]

Jawapan Cadangan

(a)    Jelaskan empat faktor  yang mewujudkan perdagangan antarabangsa?



 [6]
        i.      Anugerah faktor pengeluaran yang berbeza
               Perbezaan pemilikan faktor-faktor pengeluaran dari segi jenis, kuantiti dan kualiti menyebabkan barang yang dikeluarkan berbeza. Oleh itu, perdagangan antarabangsa diperlukan untuk mendapatkan barangan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara

        ii.     Perbezaan iklim
                Perbezaan iklim menyebabkan setiap negara terlibat dengan aktiviti ekonomi yang berbeza dan mengeluarakan barang yang berbeza. Oleh itu, perdagangan antarabangsa diperlukan untuk mendapatkan barangan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara

        iii.    Perbezaan kesuburan tanah
               Perbezaan kesuburan tanah menyebabkan negara yang berbeza mengeluarkan keluraan yang berbeza. Contohnya, Malaysia mengeluarkan kelapa sawit dan Arab Saudi mengeluarkan kurma. Ini menyebabkan perdagangan antarabangsa berlaku.

        iv.    Perbezaan cita rasa
               Cita rasa yang berbeza seperti suka kepada penggunaan barang import menyebabkan perdagangan antarabangsa berlaku. Contoh: Malaysia yang masih mengimport kereta dari luar negara untuk meluaskan pilihan dan memaksimumkan kepuasan masyarakat.

        v.    Perbezaan teknologi
               Perbezaan teknologi mempengaruhi kualiti dan kos pengeluaran. Teknologi terkini membolehkan keluaran yang berkualiti pada kos purata yang rendah dihasilkan. Oleh itu, setiap negara boleh mengimport teknologi moden, dan ini menggalakkan perdagangan antarabangsa berlaku.

        vi.    Saiz penduduk
               Negara yang mempunyai penduduk yang ramai mempunyai tenaga buruh yang ramai, saiz pasaran yang besar dan boleh mengeluarkan lebih banyak keluaran. Ini menggalakkan perdagangan antarabangsa berlaku kerana negara tersebut boleh mengeksport tenaga buruh dan keluaran mereka ke negara lain.

        vii.   Perbezaan kemahiran buruh
               Kemahiran buruh membolehkan penyelidikan dan inovasi dilakukan untuk menghasilkan keluaran yang berkualiti pada kos pengeluaran yang rendah. Keadaan ini menggalakkan perdagangan antarabangsa berlaku bagi membolehkan negara lain meningkatkan kemahiran buruh di negara mereka.
(b)   Huraikan dua alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara yang lain?


[4]
i.        Memperolehi barang yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negeri
               Perbezaan pemilikan faktor-faktor pengeluaran dari segi jenis, kuantiti dan kualiti menyebabkan negara yang berbeza mengeluarkan barangan yang berbeza.
               Perdagangan antarabangsa melalui eksport dan import membolehkan negara-negara tersebut memiliki barangan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negeri

        ii.     Memperluas pasaran industri dalam negeri
        Setengah-setengah industri telah memenuhi permintaan dalam negeri sebelum kapasiti mesin digunakan dengan sepenuhnya.
               Oleh itu, pengeluaran pada kapasiti penuh untuk meningkatkan lagi keuntungan hanya dapat dicapai dengan mencari pasaran baru di luar negeri melalui eksport.

        iii.    Menggalakkan penggunaan teknologi moden
               Perdagangan antarabangsa  memungkinkan negara–negara  sedang membangun (NSM) mempelajari teknik pengeluaran dan cara pengurusan yang lebih cekap melalui pengimportan teknologi moden. Kesannya, daya pengeluaran meningkat, kos per unit keluaran  berkurang dan tingkat keluaran akan bertambah..

        iv.    Faedah Daripada Pengkhususan
               Pengkhususan yang diamalkan dalam perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara tersebut menikmati ekonomi bidangan. Ini akan menurunkan kos purata pengeluaran dan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran. Oleh itu, gunatenaga meningkat dan pengangguran berkurang 

        v.    Pengeluaran secara besar-besaran
               Perdagangan antarabangsa akan menggalakkan pengeluaran secara besar – besaran. Ia  membolehkan setiap negara mengeluarkan barang-barang pada keluk kemungkinan pengeluaran, tetapi mencapai tingkat penggunaan barang di luar keluk tersebut.
               Ini membolehkan negara berkenaan dapat mencapai tingkat kebajikan yang lebih tinggi daripada negara yang tidak menjalankan perdagangan antarabangsa