a) | Jelaskan dua ciri pasaran persaingan sempurna. | [4] |
i | Ramai pembeli dan penjual | |
ii | Keluaran yang homogen | |
Keluaran yang dihasilkan oleh setiap firma adalah homogen (sama jenis), iaitu barang tersebut merupakan pengganti sempurna di antara satu sama lain. Tindakan firma membezakan barang dari segi jenama, iklan, promosi dan sebagainya tidak akan mempengaruhi tanggapan pengguna. Oleh itu, persaingan bukan harga tidak diperlukan. | ||
iii | Kebebasan keluar masuk | |
Firma–firma bebas untuk keluar masuk ke dalam industri menyebabkan bilangan firma di dalam industri sentiasa banyak. Firma bebas untuk keluar daripada industri sekiranya mengalami kerugian dan sebaliknya firma juga bebas untuk masuk sekiranya firma–firma lain yang berada di dalam industri menikmati keuntungan | ||
iv | Firma adalah penerima harga | |
Firma akan menerima sahaja harga yang telah ditetapkan oleh pasaran melalui mekanisme harga, iaitu melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran. Pada tingkat harga tersebut, firma menjadi penyelaras kuantiti iaitu bebas menjual seberapa banyak kuantiti yang dikehendaki. | ||
v | Pengetahuan sempurna tentang pasaran | |
Pengguna dan pengeluar mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran. Pengguna tahu tentang harga setiap barang di pasaran. Penjual juga tahu harga harga faktor–faktor pengeluaran serta tindakan firma–firma lain di pasaran. | ||
vi | Mobiliti faktor | |
Mobiliti faktor adalah sempurna. Faktor–faktor seperti tanah, buruh, modal dn usahawan bebas bergerak dri satu tempat ke tempat yang lain, mudah digunakan di dalam sesuatu pekerjaan, mempunyai kecekapan yang sama dan boleh digunakan oleh mana–mana firma tanpa sebarang sekatan |
b) | Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran yang memaksimumkan untung pada titik P=MC | [6] |
Keseimbangan Firma PPS dicapai pada ketika MC = MR. Pada tingkat keseimbangan ini, diketahui P = MR Apabila P melebihi MC (MR > MC), tambahan hasil akibat dari tambahan se unit keluaran adalah melebihi tambahan kos akibat dari tambahan se unit keluaran tersebut. Untuk memaksimumkan untung, firma akan menambahkan keluaran sehingga P = MC (MC=MR) Apabila P kurang daripada MC (MR < MC), pengurangan hasil akibat dari pengurangan se unit keluaran adalah kurang daripada pengurangan kos akibat dari pengurangan se unit keluaran tersebut. Untuk memaksimumkan untung, firma akan mengurangkan keluaran sehingga P = MC (MC = MR) |