Sunday, February 3, 2013

Keluaran Negara Semasa Dan Keluaran Negara Benar


(a)     Jelaskan perbezaan di antara keluaran negara kasar benar dengan keluaran negara kasar  semasa           

[6]
             Keluaran negara kasar semasa ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan sesebuah negara yang dihitung mengikut harga pada tahun berkenaan (tahun semasa)
         Keluaran negara kasar benar ialah nilai keluaran negara kasar semasa yang dihitung mengikut harga tahun asas.
KNK benar t
=
KNK semasat
x
IH0
IHt



         KNK benar  tidak dipengaruhi oleh unsur inflasi atau perubahan dalam tingkat harga umum. Kenaikan kuantiti akan menambahkan keluaran negara kasar benar
         KNK semasa dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran dan perubahan dalam tingkat harga umum.
Kenaikan kuantiti dan harga akan menambah keluaran negara kasar semasa

(b)     Nyatakan dua tujuan penghitungan KNK benar         

[2]
         i     Untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai pada satu-satu tahun tertentu
         ii    Untuk mengukur pertambahan kuantiti barang dan perkhidmatan yang sebenar dari tahun ke tahun.

(c)     Jelaskan mengapa  keluaran negara kasar benar (KNK benar)  lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi ?       

[2]
         KNK benar lebih sesuai untuk mengukur pertumbuhan ekonomi kerana KNK benar telah mengambil kira perubahan tingkat harga umum.
         Oleh itu, ia dapat mengukur pertambahan kuantiti barang dan perkhidmatan yang sebenar