a) | i. | Apakah yang dimaksudkan dengan kos berubah purata ? | [2] |
| | Kos berubah purata (AVC) ialah kos berubah per unit keluaran AVC = jumlah kos berubah ÷ jumlah keluaran | |
| | | |
| ii. | Dengan bantuan rajah, jelaskan hubungan antara kos berubah purata dengan kos sut | [4] |
b) | Terangkan faedah yang diperoleh oleh firma keropok apabila skel pengeluaran firma tersebut dibesarkan. | [4] |
| i | Ekonomi pengkhususan |
| | Pengeluaran secara besar–besaran membolehkan firma keropok menjalankan pengkhususan yang akan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran pekerja, menyebabkan kos purata firma menjadi semakin rendah. |
| | |
| ii | Ekonomi pengurusan |
| | Pengeluaran secara besar–besaran akan meningkatkan kecekapan pengurusan, pentadbiran dan pengeluaran firma keropok. Kos per unit pengurusan berkurang kerana lebih banyak kerja dapat dibuat dengan sejumlah pengurus yang sama. |
| | |
| iii | Ekonomi kewangan |
| | Perkembangan firma membolehkan firma keropok memperolehi pinjaman bank pada kadar bunga yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang lebih panjang. Kos pinjaman yang rendah ini akan menambahkan modal untuk memperkembangkan tingkat pengeluarannya pada kos purata yang lebih rendah. |
| | |
| iv | Ekonomi pemasaran |
| | Pengeluaran secara besar – besaran akan mengurangkan kos purata firma keropok kerana ia membolehkan firma membeli bahan – bahan mentah secara pukal pada harga yang lebih rendah. Selain itu, ia juga menyebabkan kos per unit pengiklanan untuk tujuan pemasaran menjadi semakin berkurang. |
| | |
| v | Ekonomi teknikal |
| | Pengeluaran secara besar – besaran membolehkan firma keropok menggunakan mesin – mesin moden secara cekap pada kapasiti penuh tanpa pembaziran. Oleh itu, daya pengeluaran firma akan meningkat dan kos purata firma akan berkurang |
| | Nota: Pilih mana – mana dua fakta. Mesti sebut firma keropok dalam huraian yang diberikan |