Monday, July 2, 2012

Mikroekonomi: KKP, Kekurangan Dan Kos Lepas

a)
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara Z yang mengeluarkan barang pertanian dan barang perkilangan



i
Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai
[2]


a.
Pertambahan faktor atau sumber pengeluaran


b.
Peningkatan kemahiran buruh


c.
Peningkatan modal


d.
Pertambahan usahawan


e.
Kemajuan teknologi


f.
Perkembangan perdagangan antara bangsa


ii
Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari



a.
Titik A ke titik B dan ke titik C
[3]




Kos lepas dari titik A ke titik B ialah 3 unit barang perkilangan
Kos lepas dari titik B ke titik C ialah 4 unit barang perkilangan
Kos lepas dari titik A ke titik C ialah 3.5 unit barang perkilangan
Maka: kos lepas dari titik A ke B ke C adalah semakin bertambah






b.
Titik D ke titik A
[1]




Kos lepas dari titik D ke titik A ialah 0 unit barang perkilangan
@ sifar @ tiada kos lepas

b)
Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran di dalam soalan (a), jelaskan konsep kekurangan dan kos lepas

[4]


i
Kekurangan
Masalah kekurangan ditunjukkan oleh kombinasi E yang berada di luar KKP,
yang mengambarkan keadaan faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang tidak boleh dicapai.
Kombinasi ini tidak boleh dicapai kerana faktor pengeluaran adalah terbatas menyebabkan pengeluar hanya boleh mengeluarkan barangan di dalam lingkungan KKP sahaja.





ii
Kos lepas
Pergerakan dari titik A ke B pertambahan pengeluaran barang pertanian dari 1 unit ke 2 unit menyebabkan pengeluaran barang perkilangan dikurangkan dari 12 unit ke 9  unit.
Ini bermakna, untuk menambahkan pengeluaran 1 unit barang pertanian, sebanyak 3 unit barang perkilangan terpaksa dikurangkan pengeluarannya.  Oleh itu, kos lepas untuk menambahkan pengeluaran 1 unit barang pertanian ialah 3 unit barang perkilangan