Sunday, March 17, 2013

Teori Kuantiti Wang Dan Kritik Keynes Terhadapnya

(a)   Terangkan Teori Kuantiti Wang Fisher.
(b)   Jelaskan tiga kelemahan teori kuantiti wang Fisher mengikut pandangan Keynes
[4]

[6]

Jawapan Cadangan

(a)   Terangkan Teori Kuantiti Wang Fisher.




[4]
       Teori kuantiti wang menunjukkan hubungan di antara penawaran wang dengan tingkat harga umum melalui persamaan pertukaran MV = PT, di mana:

        M     = bekalan wang M1
        V     = halaju peredaran wang
        P     = Tingkat harga umum
        T     = jumlah barang dan perkhidmatan dalam ekonomi

        Menurut Klasik, dengan andaian V dan T adalah tetap, maka:
perubahan dalam penawaran wang (M) akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum (P) dalam arah dan kadar yang sama.

(b)   Jelaskan tiga kelemahan teori kuantiti wang Fisher mengikut pandangan Keynes

[6]

        i.    Fisher  mengatakan  jumlah  urus niaga (T) adalah  tetap  kerana  beranggapan ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.
             Sebaliknya Keynes berkeyakinan tingkat guna tenaga penuh tidak selalunya tercapai kerana wujudnya masalah pengangguran.
             Oleh itu, apabila permintaan barang dan perkhidmatan meningkat, jumlah pengeluaran (T) dapat ditambah dengan mudah.

        ii.   Fisher mengatakan halaju peredaran wang (V) adalah tetap dalam jangka pendek.
             Sebaliknya Keynes berkeyakinan halaju peredaran wang sentiasa berubah, menjadi semakin laju ketika inflasi kerana masyarakat cenderung berbelanja dan menjadi semakin perlahan ketika kemelesetan ekonomi kerana kekurangan perbelanjaan masyarakat

        iii.   Fisher mengatakan tujuan masyarakat meminta wang adalah untuk tujuan urusniaga sahaja, iaitu untuk membeli barang dan perkhidmatan.                  Sebaliknya menurut Keynes, tujuan masyarakat meminta wang adalah untuk tujuan urusniaga, awasan dan spekulasi

        iv.  Fisher mengatakan hanya penawaran wang (M) sahaja yang akan mempengaruhi tingkat harga umum (P) kerana mengandaikan halaju peredaran wang (V) dan jumlah urus niaga (T) adalah tetap.
             Sebaliknya menurut Keynes, kesemua angkubah iaitu M, V dan T boleh mempengaruhi tingkat harga umum (P).

        v    Fisher  mengabaikan  peranan  kadar  bunga terhadap  tingkat  harga.
             Menurut Keynes, apabila kadar bunga meningkat, pelaburan dan perbelanjaan penggunaan akan berkurang menyebabkan tingkat harga turun.
             Sebaliknya, apabila kadar bunga turun, pelaburan dan perbelanjaan penggunaan akan meningkat menyebabkan tingkat harga turut meningkat.