Saturday, August 4, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Permintaan Harga Anjal

a)
Terangkan tiga faktor yang menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang anjal
      [6]

i.
Banyak barang pengganti


Permintaan terhadap sesuatu barang adalah anjal sekiranya barang itu  mempunyai banyak barang pengganti.
Kenaikan harga barang tersebut menyebabkan pengguna membeli barang penggantinya dengan mudah dan perubahan kuantiti diminta akan berubah lebih besar daripada perubahan harga barang itu sendiri




ii.
Nisbah perbelanjaan daripada pendapatan yang besar


Semakin besar bahagian pendapatan yang dibelanjakan ke atas sesuatu barang seperti perbelanjaan ke atas televisyen, semakin anjal permintaan terhadap barang tersebut kerana kenaikan harga yang kecil menyebabkan kuantitinya yang diminta berkurang dengan besar.




iii
Jangka masa panjang


Dalam jangka panjang, permintaan bersifat anjal kerana terdapat lebih banyak pilihan barang dan lebih mudah mencari pengganti sesuatu barang sekiranya barang tersebut mengalami peningkatan harga.




iv
Jenis barang


Permintaan terhadap barang bukan keperluan seperti barang mewah atau barang normal adalah bersifat anjal kerana kenaikan harga barang yang kecil menyebabkan kuantitinya diminta berkurang dengan besar




v
Kepentingan sesuatu barang


Permintaan terhadap barang yang tidak penting dan boleh ditangguhkan penggunaannya adalah anjal kerana peningkatan harga yang sedikit akan mengurangkan kuantitinya yang diminta dengan banyak.




vi
Bilangan kegunaan barang yang banyak


Sesuatu barang seperti tepung gandum yang mempunyai banyak kegunaan, permintaannya adalah anjal kerana peningkatan harga yang sedikit akan mengurangkan kuantitinya yang diminta dengan banyak.


Nota: Pilih tiga isi sahaja
b)
Jelaskan mengapa garam mempunyai nilai keanjalan sifar berbanding dengan minuman teh yang dianggap mempunyai keanjalan lebih daripada satu

       [4]

Garam mempunyai nilai keanjalan sifar @ tidak anjal sempurna kerana tidak mempunyai pengganti @ barang mesti.  Oleh itu, sebarang perubahan kepada harga garam sama ada meningkat atau menurun, tidak akan mengubah kuantiti garam yang diminta kerana pengguna akan tetap memintanya dalam kuantiti yang sama.

Teh pula dianggap mempunyai keanjalan yang melebihi satu @ anjal kerana mempunyai banyak barang pengganti @ bukan barang mesti. Oleh itu, penurunan harga teh akan menyebabkan kuantiti teh diminta bertambah, dan peningkatan harganya akan menyebabkan kuantiti teh diminta berkurang dengan kadar yang lebih besar daripada kadar perubahan harganya.