Saturday, September 15, 2012

Mikroekonomi: Tindakan Firma PPS Yang Mengalami Kerugian

a)
Rajah di bawah menunjukkan pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek, di mana AR ialah hasil purata, MR ialah hasil sut, P ialah tingkat harga, AC ialah kos purata, MC ialah kos sut dan AVC ialah kos berubah purata


Terangkan kesan kedudukan tingkat-tingkat harga di atas terhadap operasi firma pasaran persaingan sempurna

[4]


Pada tingkat harga P1

Firma mencapai keseimbangan dengan mendapat kerugian, disebabkan hasil purata (AR) yang diperolehi adalah kurang daripada kos purata (AC)

Firma akan memberhentikan pengeluaran kerana hasil purata firma (AR) adalah kurang daripada kos berubah purata (AVC).

Sekiranya firma meneruskan pengeluaran, kerugian yang ditanggung olehnya akan menjadi semakin bertambah.



Pada tingkat harga P2

Firma mencapai keseimbangan dengan mendapat kerugian, disebabkan hasil purata (AR) yang diperolehi adalah kurang daripada kos purata (AC)

Firma boleh meneruskan atau memberhentikan pengeluaran kerana hasil purata firma (AR) menyamai kos berubah purata (AVC).

Firma yang rasional akan meneruskan pengeluaran kerana kerugian yang ditanggung tetap sama jika firma memberhentikan pengeluarannya.



Pada tingkat harga P3

Firma mencapai keseimbangan dengan mendapat kerugian, disebabkan hasil purata (AR) yang diperolehi adalah lebih kecil daripada kos purata (AC).

Firma akan meneruskan pengeluaran kerana hasil purata (AR) adalah lebih besar dari kos berubah purata.

Sekiranya firma memberhentikan pengeluaran, kerugian yng ditanggung akan menjadi semakin bertambah

b)
Huraikan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berada pada tingkat harga yang sama dengan titik minimum kos purata


[6]


Dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berlaku pada harga yang sama dengan titik minimum kos purata kerana :-



Sekiranya firma mendapat untung lebih normal dalam jangka pendek
Dengan ciri kebebasan keluar masuk firma ke industri, untung lebih normal tersebut akan menarik firma baru masuk ke pasaran.

Ini menyebabkan firma akan mendapat untung normal semula dalam jangka panjang.



Sekiranya firma mengalami kerugian dalam jangka pendek
Dengan ciri kebebasan keluar masuk, ada firma akan keluar dari pasaran.
Ini menyebabkan firma mendapat untung normal semula dalam jangka panjang.

Oleh itu, dalam pasaran persaingan sempurna, firma mengeluar pada titik harga sama dengan kos purata minimum.