Saturday, June 30, 2012

Mikroekonomi: Perbezaan Buruh & Usahawan

a)
Apakah maksud buruh dan usahawan ? Nyatakan ganjaran yang diterima oleh mereka di dalam proses pengeluaran ?

[4]




Buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental di dalam proses pengeluaran
Usahawan merupakan kepakaran individu dalam menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal di dalam proses pengeluaran
Ganjaran kepada buruh ialah gaji atau upah, manakala ganjaran kepada usahawan ialah untung

b)
Apakah perbezaan-perbezaan yang ketara di antara faktor buruh dengan faktor usahawan di dalam ekonomi ?           

[6]


i.
Tugas dan tanggungjawab


Usahawan berfungsi menggabungkan faktor-faktor pengeluaran di dalam proses pengeluaran manakala buruh adalah salah satu faktor pengeluaran yang disatukan oleh usahawan.
Usahawan merupakan ketua yang memberi arahan manakala buruh pula sebagai pekerja yang menerima arahan.




ii
Tanggungan risiko


Usahawan menanggung semua risiko firma. Segala keuntungan dan kerugian adalah dalam tanggungan usahawan.
Buruh tidak perlu menanggung risiko firma. Sama ada firma untung atau rugi, mereka tetap mendapat gaji apabila bekerja




 iii
Kreatif dan inovatif


Usahawan mesti bersifat kreatif dan inovatif bagi menguasai pasaran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.
Buruh tidak memerlukan daya kreatif dan inovatif kerana hanya perlu menjalankan kerja yang diarahkan sahaja.