Monday, July 16, 2012

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan bagi kek apabila
a)
harga kek meningkat
[3]
Peningkatan harga kek dari P0  ke P1 akan mengurangkan kuantiti kek diminta dari Q0 ke Q1
Oleh itu, berlaku pergerakan di atas keluk permintaan kek dari titik A ke titik B     

b)
tiba musim perayaan
[3]
Pada musim perayaan, permintaan terhadap kek akan meningkat.
Keluk permintaan kek akan beralih ke kanan dari D0D0  ke D1D1
Pada tingkat harga P0, permintaan terhadap kek akan meningkat dari Q0 ke Q1 

c)

citarasa pengguna beralih kepada kuih tradisional

[4]
Kek dan kuih tradisional merupakan barang pengganti.
Citarasa pengguna beralih kepada kuih tradisional menyebabkan permintaan terhadap kek akan jatuh.
Keluk permintaan kek akan beralih ke kiri dari D0D0  ke D1D1
Pada tingkat harga P0, permintaan terhadap kek akan berkurang dari Q0 ke Q1