Huraikan bagaimana
faktor yang berikut menerangkan kelemahan menggunakan keluaran dalam negeri
kasar (KDNK) / keluaran negara
kasar / pendapatan negara sebagai
petunjuk taraf hidup antara masa / di sesebuah negara.
|
(a) Tempoh
waktu bekerja [2]
Peningkatan waktu bekerja akan meningkatkan KDNK /
KNK / pendapatan negara dan taraf hidup. Walau bagaimana pun, peningkatan waktu bekerja bermakna
pengurangan masa rehat yang akan mengurangkan taraf hidup.
Ini bermakna walau pun KDNK / KNK / pendapatan negara meningkat, taraf hidup tidak
semestinya meningkat, kecuali jika diikuti oleh pengurangan masa bekerja dan
pertambahan masa rehat. Oleh itu, KDNK
tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup antara masa
|
(b) Kesan
luaran negatif kerana projek pembangunan [2]
Kejayaan projek pembangunan akan meningkatkan nilai KDNK / KNK / pendapatan negara. Namun, selalunya projek pembangunan turut
mengeluarkan kesan luaran negatif seperti pencemaran udara, air dan bunyi
yang akan menjejaskan kesihatan dan merendahkan taraf hidup penduduk.
Ini bermakna, sekiranya kesan
eksternaliti negatif berlaku, pertambahan KDNK
/ KNK / pendapatan negara tidak akan meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya
pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung oleh negara.
Oleh itu, KDNK / KNK / pendapatan negara tidak
dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup antara masa
|
(c) Perbezaan
agihan pendapatan [2]
Pertambahan KDNK / KNK / pendapatan negara tidak semestinya menggambarkan
agihan pendapatan masyarakat berada
dalam keadaan seimbang dan saksama.
Sekiranya
faedah daripada pertambahan KDNK / KNK / pendapatan negara hanya
dinikmati oleh segolongan kecil masyarakat, taraf hidup di negara tersebut
tidak akan meningkat kerana wujudnya jurang agihan pendapatan yang ketara
antara golongan kaya dan golongan miskin.
Oleh itu,
KDNK
/ KNK / pendapatan
negara tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai
taraf hidup antara masa
|
(d) Komposisi
keluaran negara [2]
Taraf hidup
di sesebuah negara akan meningkat jika pertambahan KDNK
/ KNK / pendapatan
negara disebabkan oleh pertambahan pengeluaran barang pengguna. Sebaliknya, taraf hidup tidak akan
meningkat jika pertambahan KDNK disebabkan oleh pertambahan
pengeluaran senjata kerana faedahnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat secara
langsung.
Oleh itu,
KDNK
/ KNK / pendapatan
negara tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai
taraf hidup antara masa
|
(e) Tidak
menunjukkan masalah pengangguran [2]
Taraf hidup
akan meningkat jika
pengangguran berkurang, tetapi data KDNK tidak dapat
menunjukkan masalah pengangguran. Walaupun KDNK
meningkat, tidak semestinya taraf hidup juga meningkat kerana jika kadar
pengangguran meningkat, taraf hidup akan merosot.
Oleh itu,
KDNK
/ KNK / pendapatan
negara tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar
mengenai taraf hidup antara masa
|
(f) Perubahan tingkat harga umum [2]
Taraf hidup mempunyai hubungan negatif dengan tingkat harga umum.
Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan taraf hidup merosot.
Pertambahan
KDNK
/ KNK / pendapatan
negara tidak akan
meningkatkan taraf hidup sekiranya tingkat harga umum turut meningkat kerana
kos hidup meningkat, kuasa beli serta
kemampuan masyarakat mendapatkan barang berkurang menyebabkan taraf hidup
semakin merosot.
Oleh itu,
KDNK
/ KNK / pendapatan
negara tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup antara masa
|
(g) Kadar
pertambahan penduduk [2]
Taraf hidup di sesebuah negara bukan sahaja dipengaruhi
oleh pertambahan KDNK / KNK / pendapatan negara tetapi
juga ditentukan oleh kadar pertambahan penduduk.
Taraf
hidup hanya akan meningkat jika kadar pertambahan KDNK / KNK / pendapatan negara adalah
lebih besar dari kadar pertambahan penduduk.
Oleh
kerana itulah KDNK / KNK / pendapatan negara perkapita dikatakan lebih sesuai untuk mengukur taraf
hidup antara masa
|