(a) Apakah
yang dimaksudkan dengan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan ? Nyatakan
fungsi penggunaan dan fungsi tabungan secara persamaan algebra.
|
[4]
|
(b) Terangkan
ciri-ciri perbelanjaan penggunaan isi rumah.
|
Jawapan Cadangan
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi
penggunaan dan fungsi tabungan ? Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi
tabungan secara persamaan algebra.
|
[4]
|
Fungsi
penggunaan ialah keluk yang menunjukkan hubungan di antara perbelanjaan
penggunaan isi rumah dengan pendapatan negara / pendapatan bolehguna
Fungsi
Penggunaan boleh ditulis sebagai:
C = a + bY
Dimana: C = perbelanjaan penggunaan isi rumah
a =
penggunaan autonomi iaitu perbelanjaan penggunaan pada ketika Y bersamaan 0
b =
Kecenderungan mengguna sut (MPC)
Y
= pendapatan negara
Fungsi tabungan ialah keluk yang
menunjukkan hubungan di antara tabungan dengan pendapatan negara / pendapatan
bolehguna
Fungsi Tabungan boleh ditulis
sebagai:
S =
– a + (1 – b)Y
Dimana: S =
Tabungan isi rumah
–a = Tabungan pada ketika nilai Y bersamaan 0
(1 – b) =
Kecenderungan menabung sut (MPS)
Y = Pendapatan negara
|
|
(b) Terangkan
ciri-ciri perbelanjaan penggunaan isi rumah.
|
[6]
|
i. Apabila pendapatan negara menyamai
sifar (Y=0), isi rumah melakukan perbelanjaan dengan menggunakan
tabungan masa lalu sebagai punca pembiayaannya. Perbelanjaan ini dinamakan perbelanjaan
penggunaan autonomi
|
|
ii. Apabila pendapatan negara
meningkat, penggunaan juga akan meningkat tetapi pertambahan perbelanjaan
penggunaan adalah lebih rendah daripada pertambahan pendapatan negara kerana
nilai MPC yang kurang dari 1.
|
|
iii. Pada satu tingkat pendapatan
negara yang tertentu, nilai Y = C. Apabila tingkat pendapatan negara
terus meningkat, penggunaan isi rumah terus meningkat, membolehkan isi rumah
membuat tabungan
|