Sunday, August 26, 2012

Mikroekonomi: Kos Purata Jangka Panjang Dan Ekonomi Bidangan


a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tak ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan luaran.

[2]

Tak ekonomi bidangan dalaman ialah kemerosotan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor dalaman firma yang membawa kepada peningkatan kos purata jangka panjang.

Tak ekonomi bidangan luaran ialah kemerosotan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor luaran firma yang membawa kepada peningkatan kos purata jangka panjang.

b)
Berdasarkan gambar rajah, huraikan bagaimana bentuk keluk kos purata jangka panjang (LAC) dipengaruhi oleh


i.
ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman

[4]

Ekonomi bidangan dalaman  akan mengurangkan kos purata jangka panjang firma
Kesannya, keluk kos purata jangka panjang firma akan menurun di sepanjang keluk LAC0   seperti dari titik a ke sehinggalah ke titik minimumnya di titik b

Sebaliknya, tak ekonomi bidangan dalaman akan meningkatkan kos purata jangka panjang firma.
Oleh itu, keluk kos purata jangka panjang firma akan meningkat di sepanjang keluk LAC0 bermula selepas titik minimumya sehingga ke titik c dan seterusnya.



ii.
ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran
[4]


Ekonomi bidangan luaran  akan mengurangkan kos purata jangka panjang firma.
Kesannya, keluk kos purata jangka panjang firma akan beralih ke bawah dari LAC0 ke LAC1

Tak ekonomi bidangan luaran  akan meningkatkan kos purata jangka panjang firma.
Kesannya, keluk kos purata jangka panjang firma akan beralih ke atas dari LAC0 ke LAC2