Monday, July 2, 2012

Mikroekonomi: Masalah Asas Ekonomi

a)
Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh ?
[6]


i.
Berapa banyak teh perlu dikeluarkan
Berapa banyak yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan pengguna di pasaran. Oleh itu, faktor–faktor pengeluaran yang ada perlu digunakan secara cekap dalam proses pengeluaran teh bagi memenuhi jumlah permintaan masyarakat




ii.
Bagaimana teh hendak dikeluarkan
Pengeluar haruslah memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap sama ada menggunakan intensif buruh atau intensif modal dengan kos pengeluaran minimum untuk memaksimumkan untung



iii.
Untuk siapa teh dikeluarkan
Pengeluaran teh disasarkan kepada pengguna yang mempunyai kuasa beli, iaitu merujuk kepada  individu yang memperolehi upah, sewa, bunga dan untung yang sanggup membayar pada harga yang ditetapkan di pasaran.

b)
Bagaimanakah pengeluar menyelesaikan masalah berapa barang yang hendak dikeluarkan dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran ?


[4]

Pada titik A, hanya barang Y sahaja yang dikeluarkan iaitu sebanyak Y1 unit.
Pada titik B, hanya barang X sahaja yang dikeluarkan iaitu sebanyak X1 unit.
Pada titik C, kedua-dua barang X dan Y dikeluarkan iaitu sebanyak X2 unit barang X dan Y2 unit barang Y.