Saturday, June 30, 2012

Mikroekonomi: Kekurangan, Pilihan & Kos Lepas

a)
Huraikan dengan ringkas bagaimanakah masalah kekurangan dikaitkan dengan masalah pilihan dan kos lepas

[6]


i.
Masalah kekurangan
Bagi pengeluar, masalah kekurangan merujuk kepada keadaan kekurangan barang dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan di dalam proses pengeluaran akibat dari faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan yang terbatas.

Bagi pengguna, ia merujuk kepada kekurangan dari segi kemampuan (kewangan) untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas.



ii.
Pilihan
Masyarakat akan membuat pilihan kepada penggunaan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan kepuasan. Pengeluar akan membuat pilihan kepada pengeluaran barang yang memaksimumkan keuntungan.



iii.
Kos lepas
Kos lepas merupakan pilihan kedua terbaik yang harus dilepaskan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang dipilih.
Bagi pengeluar, kos lepas mengeluarkan barang A ialah pengeluaran barang B manakala bagi pengguna, kos lepas menggunakan barang X  ialah penggunaan barang Y


b)
Bagaimanakah pengguna memilih penggunaan sesuatu barang untuk memaksimumkan kepuasan dan apakah kesannya terhadap penghasilan barang tersebut di dalam ekonomi?


[4]



Pengguna haruslah memilih penggunaan barang yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan mengurangkan barang boleh ditangguhkan penggunaannya.
Pilihan tersebut akan menyebabkan suatu barang dapat dihasilkan dengan banyak manakala penghasilan barang lain akan dikurangkan

Alternatif jawapan:

Sekiranya barang X lebih memberikan kepuasan berbanding dengan barang Y, maka pengguna akan memilih lebih banyak barang X berbanding dengan barang Y
Pilihan tersebut akan menyebabkan lebih banyak barang X dikeluarkan, manakala pengeluaran barang Y akan dikurangkan.