Saturday, September 8, 2012

Mikroekonomi: Konsep Hasil Sut, Kos Sut & Tindakan Firma PPS Dalam Pengeluaran

a)
Apakah tindakan firma dalam jangka pendek  jika  berlaku keadaan berikut di dalam proses pengeluarannya:





i.
Hasil sut menyamai kos sut
[2]


Firma berada pada tingkat keseimbangan yang akan memaksimumkan keuntungan. Oleh yang demikian, firma akan meneruskan pengeluarannya.




ii.
Hasil sut melebihi kos sut
[2]


Firma akan mendapat keuntungan kerana tambahan keluaran akan menyebabkan tambahan hasil yang diperolehi adalah melebihi tambahan kos. Oleh itu, firma akan meneruskan pengeluaran sehingga memaksimumkan untung pada MC=MR

(b)
Huraikan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berada pada tingkat harga yang sama dengan titik minimum kos purata


[6]



Dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berlaku pada harga yang sama dengan titik minimum kos purata kerana :-



i
Sekiranya firma mendapat untung lebih normal dalam jangka pendek:-


Dengan ciri kebebasan keluar masuk firma ke industri, untung lebih normal tersebut akan menarik firma baru masuk ke pasaran. Ini menyebabkan firma akan mendapat untung normal semula dalam jangka panjang.





ii
Sekiranya firma mengalami kerugian dalam jangka pendek


Dengan ciri kebebasan keluar masuk, ada firma kan keluar dari pasaran. Ini menyebabkan firma mendapat untung normal semula dalam jangka panjang.
Oleh itu, dalam pasaran persaingan sempurna, firma mengeluar pada titik harga sama dengan kos purata minimum.