Monday, July 16, 2012

Mikroekonomi: Penawaran & Hukum Penawaran

a)
Apakah penawaran dan hukum penawaran?
[3]

Penawaran merujuk kepada kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawar oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Hukum penawaran menerangkan hubungan positif di antara harga dengan kuantiti sesuatu barang yang ditawar iaitu;-
Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang tersebut ditawar. Sebaliknya semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang tersebut ditawar

b)
Dengan menggunakan bantuan gambarajah, jelaskan hukum penawaran

[3]
Andaikan harga asal ialah RM 4 dan kuantiti ditawar sebanyak 2 unit.
Jika harga jatuh dari RM 4 kepada RM 2, kuantiti ditawar akan berkurang daripada 2 unit kepada 1 unit
Jika harga meningkat dari RM 4 kepada RM 6, kuantiti ditawar akan meningkat daripada  2 unit kepada 3 unit

c)
Terangkan bagaimana keluk penawaran pasaran diterbitkan
[4]
Keluk penawaran pasaran diperolehi dengan menjumlahkan keluk–keluk penawaran firma A dan firma B secara mendatar pada setiap tingkat harga di pasaran.
Pada harga RM4.00, kuantiti ditawar firma A = 2 unit manakala kuantiti ditawar firma B = 4 unit. Maka penawaran pasaran = 6 unit.
Pada harga RM2.00, kuantiti ditawar firma A = 3 unit manakala kuantiti ditawar firma B = 6 unit. Maka penawaran pasaran = 9 unit.
Jika di sambungkan titik P dan titik Q, keluk penawaran pasaran diperolehi