(a)
|
Jelaskan
mengapa firma monopoli tidak dapat mencapai kecekapan pengeluaran dan
kecekapan peruntukan pada tingkat keseimbangan?
|
[4]
|
Firma monopoli tidak dapat mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada
tingkat keseimbangan, firma mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata
yang lebih tinggi dari kos purata minimum, iaitu pada ketika kos purata
jangka panjang yang sedang menurun.
|
(b)
|
Jelaskan tiga sebab mengapa kerajaan perlu
memonopolikan sesuatu industri
|
[6]
|
i
|
Memenuhi tanggungjawab sosial (memenuhi kemudahan asasi rakyat)
|
|
Monopoli kerajaan di dalam pengeluaran barang awam dan perkhidmatan
sosial seperti pendidikan dan kesihatan bukan bertujuan untuk memaksimumkan
untung tetapi pada memaksimumkan tingkat kebajikan rakyat pada tingkat harga
yang rendah
|
||
ii
|
Industri kos menurun
|
|
Industri kos menurun melibatkan teknologi yang moden, modal dan kos
overhead yang besar menyebabkan rakyat perlu membayar harga yang tinggi jika
industri ini dikuasai oleh pihak swasta. Walau bagaimana pun, kemampuan
kerajaan membiayai industri ini membolehkan harga yang relatif lebih rendah dikenakan
kepada rakyat.
|
||
Iii
|
Ekonomi bidangan
|
|
Monopoli kerajaan membolehkan sesuatu industri menikmati ekonomi bidangan
dan menjalankan aktiviti pengeluaran secara besar–besaran. Kesannya, kos
pengeluaran akan berkurang dan keluaran dapat dijual pada harga yang relatif
lebih rendah serta dapat dinikmati oleh semua rakyat.
|
||
Iv
|
Industri strategik dan keselamatan negara
|
|
Monopoli kerajaan di dalam industri strategik seperti kesihatan dan
pertahanan negara diperlukan bagi mengelakkan penguasaan asing di dalam
ekonomi negara serta memastikan keselamatan negara terjamin.
|
||
Pilih tiga isi sahaja
|