Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S1)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

1
(a)
Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan tegar
[2]

(b)
Jelaskan petunjuk yang digunakan untuk mengukur



i
kadar kemiskinan mutlak
[2]


ii
kadar kemiskinan tegar
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Kemiskinan mutlak ialah keadaan isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan

Kemiskinan tegar ialah keadaan isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan makanan




(b)
i
Kadar kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan isi rumah yang dapat memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, untuk membolehkan setiap ahli dalam isi rumah itu berfungsi di dalam masyarakat.






ii
Kadar kemiskinan tegar diukur dengan menggunakan pendapatan garis kemiskinan makanan (PGK makanan), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi sebuah isi rumah untuk memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum supaya setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat.