a)
|
Terangkan dua cara firma dalam pasaran
persaingan bermonopoli membezakan barang
|
[4]
|
b)
|
Jelaskan tiga kebaikan dan tiga keburukan iklan yang digunakan oleh pasaran persaingan
bermonopoli
|
[6]
|
Kebaikan iklan
|
i.
|
Memberi maklumat
|
|
Iklan membolehkan pengguna mendapat
berbagai-bagai maklumat mengenai keluaran terutamanya bagi barang-barang
baru. Ia membolehkan pengguna membuat keputusan yang terbaik dalam perbelanjaan
bagi memaksimumkan kepuasan
|
||
ii.
|
Sumber pendapatan
|
|
Iklan yang dimuatkan di dalam media massa
akan dikenakan bayaran tertentu. Ia membolehkan firma-firma pengiklanan
meningkatkan hasil pendapatan mereka kerana semakin banyak iklan yang disiarkan,
semakin tinggi pulangan kepada mereka
|
||
iii.
|
Meningkatkan gunatenaga
|
|
Iklan yang berkesan akan meningkatkan
permintaan pengguna. Firma akan
menambahkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan tersebut menyebabkan firma
memerlukan lebih ramai pekerja. Oleh itu, tingkat gunatenaga akan meningkat.
|
||
iv.
|
Menguasai pasaran
|
|
Keberkesanan iklan mempengaruhi pengguna
akan meningkatkan permintaan terhadap keluaran firma. Keadaan ini membolehkan
firma tersebut menguasai pasaran berbanding dengan pesaing-pesaingnya.
|
Keburukan iklan
|
i.
|
Harga barang meningkat
|
|
Kos pengiklanan menyebabkan kos
pengeluaran firma meningkat. Firma terpaksa menaikkan harga barang
menyebabkan pengguna terpaksa menanggung beban untuk menampung kenaikan kos
tersebut
|
||
ii.
|
Menggalakkan pengguna boros
berbelanja
|
|
Tujuan pengiklanan bukannya untuk
memberikan pengetahuan kepada pengguna tetapi sebaliknya memujuk pengguna
untuk berbelanja. Pengguna yang terpengaruh akan menambahkan perbelanjaan
mereka walaupun ianya bukanlah satu keperluan.
|
||
iii.
|
Salah peruntukan sumber
|
|
Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan
menggunakan sumber secara tidak cekap kerana firma akan menggunakan
sumber-sumber tersebut untuk mengeluarkan barang mewah berbanding dengan
barang biasa.
|
||
iv.
|
Kebajikan pengguna terjejas
|
|
Berbagai-bagai cara dilakukan oleh firma
untuk melariskan jualan mereka di pasaran, termasuklah menggunakan iklan
untuk menipu pengguna dari segi kata-kata dan visual menyebabkan kebajikan
pengguna terjejas.
|