Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S11)

Tajuk: Institusi Kewangan

11
Terangkan ciri-ciri kaedah pembiayaan Ar-Rahnu yang berikut:


(a)
Kadar upah simpanan
 [2]

(b)
Jumlah pinjaman
 [2]

(c)
Tempoh gadaian dan cara pembayaran
 [2]

Jawapan Cadangan


(a)
Kadar upah simpanan     
Kadar upah maksimum yang boleh dikenakan tidak boleh melebihi 1.0 peratus sebulan atau 12 peratus setahun.

Rebat ke atas upah simpanan akan diberikan jika jumlah pembiayaan adalah kurang daripada 50 peratus daripada nilai marhun.




(b)
Jumlah pinjaman     
Had maksimum pinjaman ialah 70% atas nilai marhun manakala had minimum pinjaman ialah RM100.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi seorang individu ialah RM150,000.




(c)
Tempoh gadaian dan cara pembayaran     
Tempoh gadaian ialah enam bulan. Jika pelanggan gagal membayar balik pinjaman atau menebus cagaran pada akhir tempoh pajakan, tempoh tiga bulan lagi akan diberikan secara automatik, iaitu maksimum kepada sembilan bulan.

Pembayaran balik hanya boleh dibuat secara tunai.