Monday, July 16, 2012

Mikroekonomi: Penentu Penawaran

a
Huraikan dua faktor yang mempengaruhi penawaran
[4]

i
Harga barang itu sendiri


Harga dengan kuantiti sesuatu barang yang diminta berhubung secara positif. Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang tersebut ditawar.
Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang tersebut ditawarkan.




ii.
Harga barang lain


Kenaikan harga barang penawaran bersaing seperti sos cili Maggi akan meningkatkan penawarannya dan pada masa yang sama akan mengurangkan penawaran sos cili Adabi yang merupakan pesaingnya.
Penurunan harga barang penawaran bersama seperti daging lembu akan mengurangkan penawaran daging lembu. Kesannya, penawaran kulit lembu yang ditawarkan bersama dengan daging lembu juga berkurang




iii.
Harga input pengeluaran


Kenaikan harga input pengeluaran (tanah, buruh, modal dan usahawan) akan meningkatkan kos pengeluaran. Kesannya, pada satu tingkat harga tertentu, penawaran akan berkurang.
Sebaliknya, penurunan harga input pengeluaran akan mengurangkan kos pengeluaran. Oleh itu, pada tingkat harga tertentu,  penawaran akan bertambah.




iv.
Teknologi pengeluaran


Penggunaan teknologi moden akan meningkatkan daya pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran. Proses pengeluaran akan menjadi lebih produktif. Oleh itu, dengan sejumlah faktor – faktor pengeluaran yang sama, penawaran akan meningkat.




v.
Dasar kerajaan


Dasar kerajaan seperti peningkatan cukai ke atas sesuatu barang akan meningkatkan harga dan mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang. Oleh itu, pengeluar akan mengurangkan penawaran barang tersebut di pasaran.
Selain itu, pemberian subsidi akan mengurangkan harga barang dan meningkatkan permintaan terhadapnya. Oleh itu, pengeluar akan meningkatkan pengeluaran barang tersebut di pasaran. 


Nota: Terima faktor-faktor lain yang berkaitan

b)
Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran

[6]

Perubahan kuantiti ditawar merupakan pergerakan di sepanjang keluk penawaran disebabkan oleh perubahan harga harga barang itu sendiri. 
Bila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti ditawar meningkat dari Q0 ke Q1 dan bila harga jatuh dari P0 ke P2, kuantiti ditawar berkurang dari Q0 ke Q2.
Perubahan penawaran pula adalah peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor–faktor lain selain dari harga barang itu sendiri.
Pada tingkat harga yang sama iaitu P0, pertambahan penawaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. Sebaliknya, pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S2S2.