Terangkan alasan – alasan mengapa di negara mundur keluaran dalam
negeri kasar biasanya terkurang anggar.
|
[10]
|
Nilai
KDNK negara mundur biasanya
terkurang anggar kerana
(a) Maklumat
/ rekod tidak lengkap
|
Tidak
semua maklumat dan data dari kegiatan ekonomi direkodkan dengan tepat dan lengkap.
Keadaan ini akan menyulitkan pengiraan pendapatan negara menyebabkan nilai KDNK yang diperolehi menjadi tidak
tepat dan terkurang anggar
|
(b) Terdapatnya kerja sukarela/gotong
royong
Kegiatan gotong royong dan
perkhidmatan suri rumah dilakukan secara sukarela dan tidak dibayar dengan
wang. Nilai kegiatan tersebut selalunya tidak dihitung dalam pengiraan
pendapatan negara, menyebabkan nilai KDNK
yang dihitung menjadi terkurang anggar.
|
(c) Barangnya biasanya digunakan
sendiri/tidak dipasarkan
Terdapat hasil-hasil pertanian
seperti padi dan sayuran yang tidak dipasarkan kerana digunakan sendiri oleh
pemiliknya. Nilai hasil-hasil tersebut selalunya tidak dihitung dalam
pengiraan pendapatan negara menyebabkan nilai KDNK yang diperolehi menjadi terkurang anggar
|
(d) Aktiviti dan urus niaga yang tidak dibayar dengan
wang
Terdapat
kegiatan ekonomi produktif yang tidak dibayar
dengan wang tetapi di bayar dalam bentuk barang (upah bukan wang).
Nilai upah bukan wang ini selalunya tidak dihitung dalam pengiraan pendapatan
negara menyebabkan nilai pendapatan negara yang diperolehi menjadi terkurang
anggar.
|
(e) Terdapatnya urusniaga yang tidak
menggunakan wang
Masih terdapat kegiatan urus niaga
dibuat secara pertukaran barang dengan barang (sistem barter). Melalui kaedah
ini, nilai barang yang yang ditukarkan tidak akan dihitung dalam pengiraan
pendapatan negara. Oleh itu, nilai KDNK
yang diperolehi akan menjadi terkurang anggar.
Nota:
Terima fakta lain yang berkaitan
|