Wednesday, January 23, 2013

Konsep KDNK dan KNK



(a)
Apakah   yang   dimaksudkan  dengan  KDNKhp  dan KDNKhf?
[4]

KDNKhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara termasuk faktor milik asing yang  dihitung berdasarkan kepada harga yang dibayar oleh pembeli di pasaran.

KNKhf  ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik negara termasuk yang berada di luar negara yang dihitung berdasarkan kepada harga yang dibayar oleh untuk mendapatkan faktor-faktor pengeluaran di dalam proses pengeluaran.



(b)
i.
Apakah pendapatan faktor bersih luar negeri?
[2]


Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) ialah perbezaan di antara penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri dengan pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negeri

PFbLN = penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negeri - pembayaran pendapatan faktor asing  ke luar negara





ii.
Bagaimanakah  nilai pendapatan  faktor  bersih  luar negeri  di negara-negara  sedang membangun menyebabkan nilai keluaran negara kasar (KNK) lebih kecil daripada nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK) ?




[4]


Nilai KNK yang lebih kecil dari  KDNK di negara – negara sedang membangun keranapendapatan faktor bersih luar negerinya bernilai negatif, iaitu penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negerinya adalah lebih kecil daripada pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negeri.
Keadaan ini berlaku kerana negara-negara tersebut:-
            menerima banyak pelaburan asing 
            menggunakan ramai tenaga buruh asing