Wednesday, October 16, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 3 (S6)

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa Dan Imbangan Pembayaran

6
Terangkan tiga jenis insentif pelaburan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia

[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Taraf perintis
Pengecualian cukai selama 5 tahun diberikan kepada syarikat-syarikat yang menerima status taraf perintis.
Syarikat berteknologi tinggi dan syarikat yang beroperasi di kawasan yang digalakkan seperti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Perlis serta Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia (ECER) diberikan pengecualian cukai sebanyak 100% selama 5 tahun.




(b)
Elaun cukai pelaburan
Syarikat yang layak akan menerima elaun cukai pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan yang digalakkan) daripada perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, loji, mesin dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) selama lima tahun.
Syarikat boleh menimbal balik elaun ini dengan 70% (100% bagi kawasan yang digalakkan) daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.
Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dicukai pada kadar cukai syarikat ketika itu.




(c)
Elaun infrastruktur
Elaun ini diberikan kepada syarikat di “kawasan yang digalakkan”, yang menjalankan aktiviti pembuatan, pertanian, perhotelan dan pelancongan.
Syarikat yang layak akan diberikan elaun 100% berdasarkan perbelanjaan modal untuk membina infrastruktur seperti jambatan, jeti dan jalan raya.




(d)
Galakan untuk Koridor Raya Multimedia (MSC)
Syarikat berstatus MSC layak mendapat insentif :-
i. taraf perintis iaitu pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun dan layak dilanjutkan selama 5 tahun lagi
ii. Elaun cukai pelaburan sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang dilibatkan dalam tempoh 5 tahun.