Friday, February 15, 2013

Keseimbangan Pendapatan Negara 3 Sektor Pendekatan AE–Y

(a)    Dalam keseimbangan ekonomi tiga sektor, suntikan mesti sama dengan bocoran. Jelaskan pernyataan tersebut


[4]
(b)     Dengan menggunakan  gambar rajah perbelanjaan agregat–pendapatan (AE–Y), terangkan bagaimana tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor dicapai



[6]

 Jawapan Cadangan
(a)    Dalam keseimbangan ekonomi tiga sektor, suntikan mesti sama dengan bocoran. Jelaskan pernyataan tersebut


[4]
         Keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila  Y = C + I + G.
Dalam ekonomi tiga sektor, pendapatan yang diterima akan digunakan untuk tiga kegunaan iaitu perbelanjaan penggunaan, tabungan dan membayar cukai.
        Oleh itu, Y = C + S + T.
        Pada keseimbangan C + I + G = C + S + T      
        Maka:                               I + G = S + T

      Apabila S + T  melebihi I + G, bocoran melebihi suntikan.  Inventori meningkat, pengeluaran merosot, dan tingkat pendapatan negara akan jatuh. Proses akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada S + T = I + G

      Apabila S + T kurang daripada I + G, suntikan melebihi bocoran. Inventori berkurang, pengeluaran bertambah dan pendapatan negara akan meningkat. Proses akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada  S + T = I + G

(b)     Dengan menggunakan  gambar rajah perbelanjaan agregat–penawaran agregat (AE–Y), terangkan bagaimana tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor dicapai



[6]
        Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor di capai apabila keluk AE  bersilang dengan garis AE=Y di titik  E0  pada pendapatan negara Y0 

        Pada tingkat pendapatan negara yang kurang dari Y0  eg: Y1, nilai AE  ialah Y1A  manakala nilai AS ialah Y1B. Oleh itu, berlaku lebihan AE sebesar AB. Inventori menjadi negatif, firma menambahkan pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat. Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara  Y0 

        Pada tingkat pendapatan negara yang  melebihi Y0 eg: Y2,  nilai AE  ialah Y1N  manakala nilai AS ialah Y1M. Oleh itu, berlaku lebihan  AS sebesar MN.  Inventori menjadi positif, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang. Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara Y0